Beza Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil

Soalan yang sering bermain di fikiran pengunjung yang ingin ke Pulau Perhentian. Pulau Besar atau Pulau Kecil ??
perhentian_Map copy

Untuk anda yang belum pernah ke Pulau Perhentian, Perhentian terbahagi kepada 2 iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Ramai yang bertanya apa beza kedua-dua pulau ini dan yang mana lebih sesuai jika anda plan ke Perhentian ? Kami kongsikan beberapa info berdasarkan pengalaman :

PERHENTIAN BESAR
Untuk anda yang ke Perhentian bersama family dan lebih sukakan ketenangan dan inginkan keindahan laut sebenar, dan menikmati air laut jernih bak kaca,  boleh option untuk Perhentian Besar. Pantai di Perhentian Besar lebih luas dan panjang , sebagai contohnya Pantai Teluk Dalam dan Pantai di hadapan Perhentian Island Resort. Dan untuk info. Kebanyakan point snorkeling utama pakej di Perhentian terletak di Perhentian Besar seperti Turtle Point , Shark Point dan Coral Garden.

Perhentian Besar juga mempunyai lebih banyak resort/chalet yang menjadi pilihan pelancong , dari bajet chalet sehingga ke Resort 5 bintang.

Untuk pakej camping, tapak camping terdapat di Pantai Teluk Dalam dan Teluk Keke , kedua-duanya terletak di Perhentian Besar.

PERHENTIAN KECIL
Terdapat beberapa keistimewaan di Perhentian Kecil. Bagi anda yang belum pernah sampai , terdapat perkampungan Nelayan di Perhentian Kecil yang lengkap dengan Balai Polis, Klinik, Sekolah dan Masjid. Tetapi port paling menarik di Perhentian Kecil semestinya di Long Beach yang terkenal dengan “Nightlife & Party” dan menjadi port utama Mat Salleh melepa. Tapi AWAS, jika anda seorang yang tidak sukakan “bising” dan “party” , kami suggest anda tidak menginap di sana kerana keadaan di Long Beach sangat happening dan bising sehingga awal pagi di sana. Tidak sesuai untuk anda yang ada anak kecil.

Kincir Angin yang sangat terkenal dan menjadi port wajib dilawati semasa datang ke Perhentian terletak di Pulau Kecil. Kami sarankan anda ambil pakej ke Kincir Angin sebab pemandangan dari atas kawasan kincir angin antara yang tercantik anda akan jumpa di Pulau Perhentian.

Kedua-dua pulau mempunyai air yang jernih , boleh dikatakan keseluruhan tempat di Pulau Perhentian anda tak akan jumpa tempat yang airnya tak jernih. Sebab tu Perhentian antara Pulau tercantik di dunia.

Klik MyPerhentian untuk senarai Pakej Percutian Pulau Perhentian

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply