7 Tips Snorkeling Untuk Beginner

Tips Snorkeling Untuk Beginner

tips-snorkeling

Tips untuk anda yang pertama kali snorkeling atau belum pro semasa buat aktiviti snorkeling. Penting untuk anda mengetahui asas utama semasa snorkeling di laut kerana ia melibatkan nyawa anda. Banyak kes orang lemas di laut semasa snorkeling.

1.Pastikan anda sentiasa memakai life jacket
– tak kisah walaupun anda jaguh renang di kampung or sekolah , ambil langkah berhati-hati dengan memakai life jacket setiap masa kerana banyak kes “cramp” kaki semasa snorkeling. Anda mudah lemas di laut jika kaki cramp.
– life jacket juga memudahkan orang lain untuk menyelamatkan anda jika terjadi sesuatu.

2. Buat Senaman Ringan Sebelum Snorkeling
– Kaki anda mudah cramp semasa aktiviti snorkeling, jadi dinasihatkan untuk membuat senama ringan / regangan kaki sebelum anda turun. Jangan terlampau eksited terus terjun bila sampai point snorkeling. Ambil masa & turun perlahan-lahan.

3. Jangan Berseorangan
-elakkan membuat aktiviti ini berseorangan tanpa pengawasan dari guide bertauliah. Pastikan anda sentiasa ditemani guide / rakan yang pandai berenang untuk mengelakkan sebarang risiko kemalangan / lemas.

4. Jangan Sesuka Hati turun . Snorkeling di tempat dibenarkan saja. 
– ikut nasihat guide / orang lebih berpengalaman mengenai kesesuaian tempat yang ingin anda snorkeling. Ada lokasi yang tidak dibenarkan snorkeling kerana mungkin menjadi tempat laluan bot atau bahaya-bahaya lain di bawah.

5 .Apungkan Badan Mendatar.
-elakkan posisi berdiri (kaki dibawah) semasa snorkeling terutama di kawasan cetek dan ada batu karang. Kerana anda berisiko memijak batu karang atau landak laut dan boleh mencederakan kaki anda. Jika anda memakai fin, elakkan memijak dibawah kerana boleh memusnahkan batu karang .

6. Snorkeling dalam Group 
– Jika anda datang dalam group atau bersama kawan-kawan, gerak bersama kawan anda dan sentiasa berada dalam lingkungan dekat dengan kawan-kawan anda. Jangan pergi jauh seorang diri kerana bergerak dalam kumpulan akan memudahkan anda diselamatkan jika terjadi sebarang insiden tidak diingini.

7. Sentiasa Peka 
– Faham anda eksaited untuk snorkeling, tapi pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan tahu apa terjadi . Pastikan anda tidak berada dalam laluan bot takut dilanggar dan akan mencederakan anda nanti.

 

Jom snorkeling cara selamat bersama MyPerhentian. Guide kami akan sentiasa bantu & pantau anda sepanjang aktiviti snorkeling.

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply